“Amende Pakai Ni, Nak Dekat Ramadan Tak Sedar Ke” – Netizen

“Amende Pakai Ni, Nak Dekat Ramadan Tak Sedar Ke” – Netizen

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz dikecam susulan penampilannya ketika menghadiri acara Tahun Baru Cina.

Menerusi hantaran itu, Azira mengenakan busana ketat berwarna biru muda menonjolkan bentuk badannya bersama kain satin berwarna merah.

BACA: 12 Tahun Bercinta, Azira Shafinaz Dah Putus Dengan Kekasih

Seperti sudah dijangka, hantarannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi tinggal beberapa hari saja lagi menjelang bulan Ramadan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan dia meminati pelakon itu namun penampilan tersebut agak berlebihan.

Meskipun pelbagai kecaman dilemparkan namun tiada komen balas daripada Azira mahupun kenyataan berhubung perkara itu.


Scroll to Top