Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak berkongsi perkembangan terkini bapanya yang dijadualkan akan melakukan pembedahan sekali lagi akibat kanser usus.
Kata Amir, keadaan bapanya kini sedikit membimbangkan kerana air kencingnya juga berdarah disebabkan luka.
“Hari ini doktor akan buat sekali lagi pembedahan abah saya, yang mana ini adalah yang kedua selepas pembedahan pertama sebulan yang lepas.
“Beg kencing tadi keluar darah sebab ada luka, dan abah letih dan tak larat sebab lapar, kena berpuasa sekejap sebelum operation,” katanya.
Mengulas lanjut, Amir memaklumkan bapanya juga akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, bapanya sempat berpesan agar tidak menitiskan air mata dan menjadi lelaki tabah sertatidak menangis dihadapan Perdana Menteri.
“Abah saya tahu hari ini saya akan bertemu Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia pesan ‘ Amir jangan menangis depan PM, orang lelaki kena gentleman, kena kuat ‘
“Inshaa-Allah saya kuat, apa yang datang saya hadap. Sekarang adalah hari saya, yang ada sekarang adalah ujian buat saya, alhamdulillah.
“Saya percaya dan yakin Allah tak uji lebih dari kemampuan hamba-Nya.
“Semoga abah kuat semangat, terus kuat untuk lawan sakit penyakit yang dihidapi, semoga pembedahan abah berjaya dengan baik, dan abah cepat kembali pulih, sihat seperti biasa, seperti sediakala,” jelasnya.
Perkara itu dikongsi Amir menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Facebook miliknya.