Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Sebab Stesen TV

Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Sebab Stesen TV

Oh! Artis

Amir Raja Lawak jual kereta untuk tampung keperluan selepas bayaran stesen TV RM18,000 masih tertunggak.


Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak berkongsi detik sayu apabila terpaksa melepaskan kereta kesayangannya, Proton Juara, demi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut Amir, tindakan ini dibuat kerana masih belum menerima bayaran yang tertunggak daripada sebuah stesen televisyen terkenal.

Bayaran dari stesen televisyen masih belum dapat lagi, hari ini saya jual kereta untuk tampung apa yang patut.- Tulisnya di Instagram.

Tambah Amir, meskipun kereta itu tidak lama bersamanya, ia menyimpan banyak kenangan manis termasuklah menjadi ‘partner’ ketika dia berniaga ke merata tempat seperti Johor dan Perak.

Nilai sentimental lebih dari harga…

Bukan sekadar kereta, Proton Juara itu pernah jadi harapan utama Amir untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Malah, dia pernah merancang untuk naik taraf kenderaan itu supaya boleh digunakan untuk aktiviti berkemah.

Rancang nak buat cantik-cantik untuk pergi berkemah, tetapi ada benda yang lagi mustahak untuk saya buat dan terpaksa cairkan satu aset.- Kongsinya lagi.

Sebelum ini, Amir juga memuat naik hantaran mengenai bayaran tertunggak yang sepatutnya diterima daripada stesen televisyen tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, jumlah keseluruhan tunggakan kini mencecah RM18,000 selepas hanya menerima RM5,000 tahun lalu.

BACA: Amir Raja Lawak Redha Diuji, Yakin Ada Hikmah Setiap Ujian

Amir Raja Lawak pernah cuba runding, tapi tiada hasil…

Walaupun pada awalnya Amir memilih untuk berdiam diri, akhirnya dia terpaksa bersuara kerana masih belum nampak sebarang jalan penyelesaian.

Katanya, satu pertemuan telah diadakan bersama wakil stesen TV terbabit dan mereka bersetuju untuk membayar secara ansuran. Malangnya, selepas perjumpaan tersebut, tiada sebarang perkembangan lanjut.

Pssttt! Kisah Amir Raja Lawak ni sebenarnya satu realiti pahit dalam industri hiburan tempatan. Kadang-kadang, bukan artis tak nak kerja kuat, tapi bila hak sendiri pun lambat dibayar, memang susah nak teruskan hidup. Sama-sama kita doakan semoga isu Amir ni cepat selesai dan pihak bertanggungjawab tampil untuk lunaskan tanggungjawab mereka.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top