Amira Othman Kantoi Tahu Password Telefon Fattah Amin

Amira Othman Kantoi Tahu Password Telefon Fattah Amin

Penyanyi Amira Othman menjadi perhatian ramai apabila dikatakan mengetahui password telefon milik aktor Fattah Amin.

Menerusi satu video tular di TikTok, Amira ketika itu sedang berinteraksi dengan peminat dalam sesi siaran langsung bersama Fattah Amin.

BACA: “Boleh Lek Sikit Tak” – Fattah Amin, Amira Othman Dikecam Cringe

Namun, yang mencuri tumpuan apabila Amira meminjam telefon Fattah untuk mencari lirik lagu dan secara spontan memasukkan password telefon aktor berkenaan sekaligus mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, Amira dilihat seakan terkejut kerana tindakannya itu disedari ramai dalam sesi siaran langsung berkenaan.

“Eh, korang nampak ke saya buka password?” katanya.

Terdahulu, Fattah mengakui hubungan keluarganya dengan penyanyi Amira Othman semakin rapat selepas bertemu dalam beberapa majlis dan dia juga sudah mengenali keluarga Amira.


Scroll to Top