Amira reda perancangan berkahwin tak tercapai

Amira reda perancangan berkahwin tak tercapai

mohamadridzuan@hmetro.com.my 

 

Shah Alam: Penyanyi Amira Othman membuka rahsia peribadinya yang selama ini tersimpan apabila mendedahkan hampir berkahwin, namun tidak menjadi kenyataan. 

Dia bagaimanapun enggan bercerita lanjut dan menganggap ia ketentuan Allah dan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. 

“Saya mengalami fasa yang tidak mudah dalam perjalanan cinta saya. Tapi saya pilih untuk tidak berkongsi sebab saya juga ingin menghormati pihak lagi satu kerana kami ada hubungan yang baik.  

“Saya tidak bergaduh atau apa-apa. Biarlah jadi rahsia siapa dia tapi saya pilih untuk tidak kongsi sebab saya rasa nanti macam-macam pendapat. Saya nak hidup tenang. 

“Saya yakin bila saya dah rancang tapi benda itu tak jadi, itulah yang terbaik. Walaupun waktu itu sedih atau sakit, biasalah putus cinta tapi saya yakin itulah yang terbaik dan saya reda. Jadi saya tak nak sebut-sebut,” katanya ditemui pada pelancaran koleksi eksklusif terbaharu, “Raya Series” Varisha Collection Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Menurutnya, dia juga tidak suka berkongsi cerita peribadi kerana sebagai wanita tidak manis untuknya kongsi secara berlebihan. 

“Sebenarnya baru-baru ini saya tengok balik podcast saya dengan Amylea Azizan, ada orang repost balik lagu cover version saya Jangan Ada Benci. Memang itulah ceritanya. 

“Saya memilih jalan untuk jadi perahsia. Malas nak kongsi lebih-lebih sebab saya rasa bila saya kongsi akan ada macam-macam pendapat. 

“Saya menerima sahaja pendapat orang tapi saya tak nak pening. Pasal kisah cinta saya thrill juga tapi saya tak pilih untuk expose. Saya yakin ujian itu adalah baik untuk saya,” katanya. 

Dia kini tampil dengan single terbaru berjudul Bila Nak Kahwin yang menurutnya dihasilkan berdasarkan kisah hidupnya. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top