mhafis@mediaprima.com.my
Subang Jaya: Remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di Taman Tasik Dato Hormat, PJS 10, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu, Amirul Zafwan Akmar pada 12.20 tengah malam.
Menurutnya, mangsa memiliki ketinggian kira-kira 167 sentimeter dan berat 45 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut pendek hitam serta bermata sepet.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kehilangan ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd