Penyanyi Datuk Awie meminta Datuk Amy Search untuk tampil memberikan pejelasan susulan isu seorang penyanyi lagenda yang didakwa mengherdik Shila Amzah ketika sesi latihan sebuah konsert.
Menerusi perkongsian di Facebook, Awie meminta Amy memberikan penjelasan sebenar selepas dirinya yang dituduh dan sudah penat untuk menjawab hal yang tidak membabitkan dirinya.
BACA: “Tahulah Apa Nasib Kau Nanti” – Penyanyi Rock Lelaki Herdik Shila Amzah

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul, habis semua manusia kepoh ni tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini bagitahu perkara yang sebenar. Penat dan senak dada aku nak membawa dan menjawab hal kau!!” katanya.
Sementara itu, memetik mStar Online, Awie berkata orang ramai menuduhnya kerana beranggapan dirinya jahat serta meminta individu yang sepatutnya tampil memberi penjelasan.
“Pihak berkenaan tampillah ke depan. Benda ini turut akibatkan orang yang tiada kena mengena. Orang tuduh nama Awie sebab anggap saya jahat. Orang yang betul sepatutnya keluarlah. Bercakaplah,” katanya.
Terdahulu, Shila membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi rock lelaki susulan diherdik secara kuat di hadapan orang ramai ketika sesi latihan sebuah konsert kerana rasa takut.
Sumber berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba sebaik saja Shila selesai membuat persembahan apabila penyanyi rock itu dikatakan menghampiri Shila dan menjerit seolah memberi amaran.
Sumber: mStar Online