Amy Search Hantar LOD Kepada Shila Amzah, Peguam Sahkan Ada Beberapa Tuntutan | Oh! Artis – Oh! Media

Amy Search Hantar LOD Kepada Shila Amzah, Peguam Sahkan Ada Beberapa Tuntutan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Peguam Shila Amzah sahkan Amy Search hantar LOD dengan beberapa tuntutan.


Peguam kepada penyanyi terkenal Shila Amzah iaitu Nini Adila Wan Omar mengesahkan bahawa penyanyi legenda Datuk Amy Search telah menghantar surat tuntutan (LOD) baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Gempak, Nini Adila berkata yang LOD tersebut mengandungi beberapa tuntutan namun butirannya tidak dapat didedahkan kerana kes ini masih berada di peringkat awal.

Pihak Datuk Amy menghantar LOD kepada Shila Amzah, anak guam saya, menuntut beberapa perkara yang saya tidak dapat dedahkan lagi buat masa sekarang kerana masih di peringkat awal.

Peguam Shila Amzah akan balas LOD Amy Search

Amy Search 1

Nini Adila memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpul keterangan dan bukti daripada Shila untuk menjawab semua dakwaan dan tuntutan tersebut.

Apa yang pasti, pihak kami akan membalas kepada LOD tersebut.

Beliau turut berharap isu antara dua figura muzik ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa menjejaskan hubungan profesional atau peribadi mereka.

Minta semua pihak hentikan spekulasi

Shila Amzah

Nini Adila menegaskan bahawa pihak luar wajar memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak dan menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

Seperti yang dinyatakan oleh Shila, tempoh ini adalah suatu tempoh yang sukar untuknya. Jadi, saya menyeru semua pihak untuk berhenti membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan lagi keadaan.

Pssttt! Isu undang-undang bukan perkara kecil. Beri ruang kepada pihak terlibat untuk menyelesaikan dengan tenang dan elakkan menyebarkan khabar angin yang boleh memburukkan keadaan.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top