Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Penyanyi Datuk Amy Search melalui peguamnya Datuk M Reza Hassan memaklumkan sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Shila Amzah susulan kontroversi yang hangat diperkatakan bulan lalu.

Memetik mStar Online, M Reza berkata pihaknya sudah menghantar LOD dan peguam mewakili Shila meminta waktu untuk tindakan lanjut.

BACA: Polis Tak Tolak Kemungkinan Panggil Semula Amy Search

“Kita baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila,” katanya.

Sementara itu, M Reza berkata pihaknya tidak dapat berkongsi lanjut mengenai tuntutan dibuat terhadap penyanyi berkenaan.

“Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Terdahulu, Shila membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang seorang penyanyi lagenda dan mengesahkan individu itu adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda.

Beberapa hari kemudian, Amy pula tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top