Perkongsian isteri kepada penyanyi lagenda rock Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Amy berkata isterinya dipercayai berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama beberapa individu dipercayai peguam.
BACA: Shila Amzah Tiada Hasrat Tarik Laporan Polis Terhadap Amy Search

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lebih lanjut kehadiran merekake balai polis berkenaan.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila penyanyi Shila Amzah membuat laporan polis mendakwa diserang secara verbal oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan konsert, baru-baru ini.