Amylea Azizan Dedah Sudah Bercerai Tahun Lepas, Kini Sedang Kenal Seseorang | Trending – Oh! Media

Amylea Azizan Dedah Sudah Bercerai Tahun Lepas, Kini Sedang Kenal Seseorang | Trending – Oh! Media

Trending

Amylea Azizan dedah sudah bercerai sejak awal tahun lalu demi elak fitnah. Penyanyi itu kini sedang mengenali seseorang dan berkongsi kisah duka yang disimpan lama.


Penyanyi, Amylea Azizan tampil menjelaskan sebab dia akhirnya mendedahkan status perceraian di media sosial iaitu untuk mengelak fitnah.

Menurut laporan mStar, Amylea berkata yang dia tak mahu ada pihak salah faham tentang status dirinya, terutama apabila dia keluar makan atau sedang mengenali seseorang.

Saya buat kenyataan di media sosial sebelum ini sebab tak mahu ada kata-kata fitnah… Kalau keluar makan atau berkenalan dengan orang lain, tak nak disangka saya masih berstatus isteri.

Iya, saya boleh katakan sekarang ini sedang mengenali seseorang.

Perkahwinan berakhir awal tahun lalu

Amylea Azizan 2

Amylea turut mengesahkan bahawa perkahwinannya dengan Mohammad Aqbar sudah pun berakhir sejak awal tahun lalu, namun dia hanya bersedia berkongsi perkara itu pada 12 Oktober lepas melalui Instagram.

Beliau memilih untuk memendam kisah peribadi itu kerana merasakan hanya dirinya yang perlu mengetahui derita sebenar yang dilaluinya.

Amylea Azizan kata rumah tangga tak dapat diselamatkan

Ohmedia amylea Azizan

Penyanyi itu turut mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas suami sudah mula bermasalah sejak tahun lepas. Walaupun beberapa kali memberi peluang, hubungan itu tetap tidak dapat diselamatkan.

Segala kesedihan dan kemurungan sudah berlalu. Saya lebih suka berhadapan perkara ini sendiri… Saya takut dalam keadaan sedih atau marah mungkin boleh mengeluarkan kata-kata yang membuatkan rasa menyesal di kemudian hari.

Perkahwinan itu tidak bertahan lama. Sejak tahun lepas sudah ada masalah besar tetapi saya cuba beri peluang.

Pssttt! Kadang-kadang, diam bukan bermaksud kalah. Ia cara untuk menjaga hati sendiri. Bila tiba masa sesuai, berkongsi dengan tenang jauh lebih baik daripada bercakap ketika marah atau terluka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top