Oh! Artis
Amyza Aznan kongsi ujian berat apabila dua anak disahkan kanser berturut-turut menjelang Ramadan.
Pelakon Amyza Aznan berdepan ujian yang sangat berat apabila dua tahun berturut-turut menyambut Ramadan dalam keadaan penuh emosi. Kali ini, anak keduanya pula disahkan menghidap kanser tulang.
Lebih memilukan, perkara ini berlaku dalam bulan yang sama seperti tahun lalu ketika anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru. Situasi ini membuatkan Amyza Aznan sekali lagi melalui detik yang sama sebagai seorang ibu.
Amyza Aznan sedih lihat keadaan dua orang anak

Amyza Aznan berkata dia hanya mengetahui mengenai penyakit anak keduanya, Adrian Adam, pada bulan ini. Ia seolah-olah mengulangi kisah yang berlaku kepada keluarganya sebelum ini.
Hari ini, Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru.
Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang.- Katanya.
Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh Amyza menerusi hantaran di Threads miliknya pada Khamis. Ramai yang tersentuh dengan kekuatan beliau menghadapi ujian berganda ini.
Amyza terus kuat demi anak-anak

Sebagai seorang ibu, Amyza mengakui emosinya sangat sukar digambarkan. Namun dia tetap cuba kuat demi anak-anak yang sedang berjuang melawan penyakit.
Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tetapi tidak terluah dan takut untuk meluah. Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya.- Ujarnya.
Pada Februari tahun lalu, Amyza Aznan pernah berkongsi khabar duka apabila anak sulungnya, Andre, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Ketika itu, Andre sudah tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Andre kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut. Kini, keluarga ini sekali lagi diuji dengan dugaan yang hampir sama.
Pssttt! Ohmedia harap korang sama-sama doakan kekuatan buat Amyza Aznan dan anak-anaknya. Kadang hidup bagi ujian tanpa kita sangka, jadi hargailah masa bersama keluarga selagi ada.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




