Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau berkata dia perlu mencari nafkah untuk keluarga meskipun baru menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala pada Januari lalu.
Memetik mStar Online, Shamsul berkata anak-anaknya masih kecil dan dia perlu bekerja. Namun, Shamsul berkata dia belum dapat bekerja dalam masa terdekat kerana kesihatannya belum pulih sepenuhnya.
BACA: Rakan Dedah Shamsul Ghau Ghau Baik, Banyak Berkhidmat Dalam Dakwah Tabligh
“Saya akan terima tawaran (lakonan) dan saya akan kembali bekerja. Saya ada anak-anak dan keluarga yang perlu disara sebab saya kahwin pun lewat dan anak-anak masih kecil. Saya kena kerja.
“Tak mengapa sebab saya rasa yang Tuhan bagi ini adalah yang terbaik untuk saya. Jadi saya terima. Kalau kata esok ada kerja dan keadaan kesihatan makin baik, saya akan kerja,” katanya.
Dalam pada itu, Shamsul berkata dia mengalami sedikit gangguan memori serta memerlukan masa untuk mengingati setiap perkara.
“Macam baru ini saya jumpa Azza Elite, saya ingat-ingat lupa. Saya ambil masa nak ingat nama.
Sumber: mStar Online




