Pempengaruh media sosial, Dr Fie Tawfik mengakui hari raya kali ini berbeza apatah lagi dia tidak lagi bergelar isteri.
Memetik Astro Gempak, Dr Fie berkata anak-anak akan beraya dengan bapa mereka iaitu penyanyi Nubhan terlebih dahulu namun dia bersyukur dapat meluangkan masa dengan keluarga.
BACA: “Ibu Meneman Bukan Kamu Gentar, Tapi Tanda Ibu Ada Dikala Sukar” – Ibu Dr Fie
“Betul saya rasa awkward, sebab saya macam mana ye nanti tengok orang ambil gambar bersama keluarga, saya nak bergambar dengan siapa? Seorang diri? (berseloroh)
“Tapi syukur saya masih ada ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin, jadi ambil gambar bersama mereka.
“Sebelum ini bila amik gambar dengan anak-anak dapat la rasa riuh nak uruskan mereka. Tahun ini anak-anak akan bersama dengan abah dia dulu, raya kedua baru dapat dekat saya. Jadi tahun ni kita single mingle, tapi saya tetap bersyukur,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie turut berkongsikan reaksi anak-anak terhadap perubahan dalam keluarga mereka dimana setiap anak mempunyai penerimaan berbeza terutama anak keduanya.
“Anak nombor satu tu dia jenis tak kisah sangat. Janji dia dapat beraya, ada mainan dia dan dapat duit raya, dia sudah gembira. Yang nombor dua tu agak sensitif.
“Soalan-soalan dia kadang-kadang agak ‘panas’, seperti ‘Kenapa ibu tak raya dengan abah?’ atau ‘Ibu dah tak sayang abah ke?
“Yang nombor tiga pula masih kecil, baru tiga tahun, jadi dia tak begitu ambil tahu. Dia lebih gembira dengan dunia dia sendiri,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




