Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa syukur terhadap kehadiran kedua-dua anaknya.
Menerusi perkongsian di platform media sosial, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, kelihatan berkongsi foto bersama kedua orang anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Difahamkan, foto itu diambil ketika acara persembahan tarian ballet Ara yang diadakan di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, foto yang dimuat naik tersebut turut disertakan dengan kapsyen berupa doa untuk kedua anaknya.
“Ya Allah, lindungilah kedua-dua cahaya mata saya ini.
“Mereka adalah anugerah terindah dan harta yang saya punya,” tulisnya pada hantaran foto tersebut.
Terdahulu, Bella melalui satu laporan media turut merayu agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya serta bekas keluarga mentuanya.
Ia selepas bekas mentuanya, Siti Hafiza Basharahil mengambil peluang untuk mengucapkan ulang tahun kepada cucunya sempena ulang tahun kelahiran mereka yang disambut pada 8 dan 18 Julai lalu.
“Saya tidak perasan, tetapi, nampaklah ada orang bercakap mengenainya.
“Doakan yang terbaik buat kedua belah pihak,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai inisiatif pihak bekas suami untuk berjumpa anak-anak, pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak berani komen perkara itu. Takut tersalah cakap.
“Saya minta semua peminat yang ambil berat mengenai anak-anak saya agar doakan yang terbaik buat keluarga kami,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gesa Anak Rampas Semula Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Teguran – “Kasihan! Teruskan Jika Ini Buat Anda Tenang”
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Mentua Bella Astillah Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Cucu Tercinta – “Kasih Sayang, Cinta Kami Tak Pernah Pudar”
ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah Kongsi Adengan Lakonan, Netizen Titip Komen Nakal – “Nasib Baik Pandai Nangis Depan Kamera”