Anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki dadah yang ditemui dalam kenderaannya di Lebuhraya Sprint, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.
“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas.
Menurut maklumat, tangkapan berkenaan dilakukan menerusi operasi pencegahan jenayah bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di kawasan Damansara.
Dalam operasi tersebut, polis menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi penyalahgunaan dadah.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan sama.
Sumber: Berita Harian