Anak Bella Astillah dibuli, diejek anak yatim

Anak Bella Astillah dibuli, diejek anak yatim

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 31, mendedahkan anak sulungnya iaitu Mohamad Ayden Adrean Mohd Aliff, 8, pernah menjadi mangsa buli di sekolah sebelum ini.

Bella berkata, dia juga sudah mendaftarkan anaknya dalam kelas taekwondo untuk menjaga dirinya tapi kejadian buli itu masih berulang.

“Saya sedih bila Ayden masih kena buli walaupun saya sudah masukkannya dalam kelas taekwondo.

“Bukan saja di sekolah sesi pagi, dekat sekolah agama pun dia kena buli,” katanya.

Meurut Bella, anak lelakinya itu bersekolah di dua sesi iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada waktu pagi dan sekolah agama pada sebelah petang.

Katanya, kejadian buli tetap berlaku di kedua sesi persekolahan termasuk gangguan emosi dan fizikal.

“Ayden kena buli emosi dan fizikal dan ada yang panggil (ejek) dia anak yatim di sekolah agama.

“Saya harap Ayden kuat dan saya juga pergi sekolah juga minta bantuan dengan ustazah. Insya-Allah, semoga ada perubahan yang baik.

“Bukan saja berjumpa keluarga tapi saya terus bercakap dengan pelaku itu sendiri kerana yang buli Ayden adalah perempuan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top