Anak kepada pelakon veteran Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, berkata dia pernah terfikir untk berhenti belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mencari kerja tetap.
Memetik Harian Metro, anak kedua Dharma itu bagaimanapun menghentikan niat tersebut kerana tidak mahu bekerja dengan hanya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
BACA: “Saya Maafkan Netizen, Sedangkan Nabi Pun Orang Kecam” – Anak Dharma
“Sebenarnya saya terfikir banyak kali untuk berhenti belajar. Tapi dekan, pensyarah, dan semua cakap hal sama dengan saya. Mereka cakap saya berbeza, ada nilai di ASWARA menyebabkan saya ragu-ragu berhenti.
“Kawan-kawan saya pun kata sedikit masa lagi dan kalau berhenti, tetap juga akan bekerja dengan gaji SPM. Saya sudah boleh tanggung keluarga dengan kerja sambil belajar selama ini,” katanya.
Sementara itu, Syafiq berkata dia banyak melakukan kerja sambilan sebagai barista, model dan pelakon untuk menyara keluarga sekaligus menyangkal dakwaan dia ‘goyang kaki’ dan mengharapkan bapanya menanggung keluarga.
Syafiq turut mendedahkan dia turut menerima pelbagai tawaran kerja tidak senonoh sehingga ada yang berani menawarkan RM1,000 untuk miliki tubuhnya.
Namun, Syafiq berkata dia tidak terkejut menerima tawaran semikian kerana kerjanya sebagai model juga dan mungkin berpunca daripada foto portfolionya yang dihantar di media sosial.
“Macam-macam tawaran dapat, contohnya ada yang nak sewa badan saya dengan harga RM1,000. Saya baru saja dapat mesej itu awal Julai ini. Ada tawaran yang lagi teruk sebenarnya tapi saya rasa tidak sesuai untuk berkongsi kepada umum,” katanya.
Sumber: Harian Metro