Anak dikritik jadi juara TTM tapi tak menyerlah, Liza Hanim bersuara -“Jangan kacau anak kami!”

Anak dikritik jadi juara TTM tapi tak menyerlah, Liza Hanim bersuara -“Jangan kacau anak kami!”

Penyanyi, Liza Hanim bersuara meluahkan rasa kecewa selepas membaca hantaran anaknya, Marsya Qistina, di Instagram Story yang mendakwa menjadi mangsa diperlekehkan dan dikritik segelintir pihak walaupun berjaya menjadi juara Talk To My Manager (TTMM).

Liza Hanim bersuara pertahankan anak

Menerusi perkongsian di Instagram, Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim menegaskan dia dan suami, Shahrin Samsudin, sentiasa berusaha melindungi anak mereka daripada tekanan industri hiburan dan kritikan dalam talian.

“Kami tidak mahu mereka berdepan kerunsingan…
“Bagaimanapun, pada masa sama, ia menjadi risiko kepadanya dalam dunia kejam dalam talian. Dia mewarisi peminat serta pembenci saya.
“Dia baharu bermula dalam kembara nyanyiannya dan bayangkan keadaan mentalnya apabila diperlekeh dan diejek,” jelasnya.

Liza Hanim bersuara, dedah anak sangat kuat hadapi waktu sukar

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu turut menekankan bahawa sewaktu Marsya menyertai TTMM, anaknya masih menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berdepan fasa sukar termasuk kehilangan rakan karib akibat kanser.

“Marsya sangat kuat, mama percaya. Namun, dia juga seorang manusia. Begitu juga adik-adiknya di TTMM. Berhenti membuli mereka,” tambahnya.

liza hanim bersuara

Terdahulu, Marsya, 22, menerusi hantaran di IGs menyuarakan rasa terkilan apabila ada pihak mempertikaikan kemampuannya mengurus tekanan belajar sekarang, sedangkan sewaktu bertanding dalam TTMM, dia dianggap mampu menghadapinya.

Artikel lain: Shuib, Thalita bersyukur raih tempat kedua, risau dikecam jika jadi juara

Ibnya menegaskan bahawa anaknya masih baru dalam perjalanan nyanyian dan berharap orang ramai memberi sokongan serta ruang untuk Marsya berkembang tanpa gangguan atau ejekan.

Sumber: Instagram lizahanim

Scroll to Top