Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tampil membidas kritikan seorang individu yang meninggalkan komen dianggap keterlaluan terhadap anaknya, Cik B.
Menerusi perkongsian di platform TikTok, individu tersebut mengkritik Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV itu yang membuag kandungan media sosial bersama anak-anak tahfiz, namun penampilan anaknya dikritik seperti lelaki (tomboy).
Tidak berdiam diri, DSV dengan sopan dan tenang hanya menitipkan doa buat Cik B atau nama penuhnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, agar berpegang sepenuhnya kepada Al-Quran selerti allahyarhamah Nurly Shahirah.
“Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku Cik B seperti arwah Nurly Shahirah, yang hidupnya penuh cinta kepada Al-Quran, yang bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, yang hatinya lembut, bersih, dan penuh nur keimanan.
“Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu, hiasilah hidupnya dengan ilmu, akhlak, dan amal soleh, jadikan dia sumber pahala berpanjangan untukku di alam berzakh nanti.
“Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi sehebat itu, cukupkan aku dengan keyakinan… bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku,” katanya.
Sebelum ini, DSV berhasrat untuk mewakahkan kediaman lamanya di Jerteh, Terengganu bagi membina pusat madrasah dan pengajian Al-Quran Nurly Jannah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sebak Lihat Kalimah Allah di Langit, DSV Niat Wakaf Banglo Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Arwah Nurly