Anak duduk di ‘stroller’, ibu gigih angkat sepanduk tepi jalan jual tisu & mask

Penutupan beberapa sektor disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya membuatkan ramai rakyat Malaysia mulai gelisah kerana tidak dapat keluar bekerja.

Sudah tentu ramai juga hilang punca pendapatan sehingga ada yang terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ mengharapkan bantuan makanan kerana sudah terputus bekalan untuk keluarga dirumah.

Namun, masih ada yang berusaha sehabis daya bagi mendapatkan sedikit wang untuk belanja harian walaupun terpaksa mengenepikan perasaan malu berdiri di tepi jalan menjual tisu.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Instagram menggunakan nama Dura_inlove apabila memuat naik video seorang wanita membawa anak yang diletakan di dalam stroller sambil mengangkat sepanduk menjual tisu dan pelitup mulut.

Walaupun video tersebut berdurasi beberapa saat sahaja, namun apa yang ditunjukan begitu menyentuh hati kerana wanita itu dan anaknya hanya berpayungkan langit berdiri ditepi jalan mengharapkan jualan mereka dibeli.

Anak yang tidak tahu apa-apa itu juga hanya melihat ke kanan dan kiri situasi yang berlaku.

Rakanam video yang dimuat naik oleh Dura_inlove itu juga telah dikongsikan semula Instagram radio Suria FM dan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @calmefye sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat apa yang berlaku ketika ini disebabkan pandemik yang melanda.

Disebabkan penularan Covid-19 yang semakin ‘menggila’ di Malaysia, sektor-sektor yang bukan essential terpaksa ditutup demi mengelakan penularan yang lebih dasyat berlaku.

 

 

Sumber: Instagram Dura_inlove, Suria FM, Twitter @callmefye