Anak gaduh rebut telefon, polis kebetulan singgah gerai jadi ‘hero’ bagi nasihat

Anak gaduh rebut telefon, polis kebetulan singgah gerai jadi ‘hero’ bagi nasihat

Nama pun adik-beradik, rasanya bertengkar dan bergurau memang sudah ‘sebati’ dalam diri. Lebih-lebih lagi sewaktu kecil dan pastinya ibu ayah sukar untuk mengendali kelincahan anak yang sedang membesar.

Namun begitu, sebagai ibu bapa perlulah kreatif dalam menegah mereka supaya berhenti bertengkar. Salah satunya menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @noraskin1990 apabila secara kebetulan ada anggota polis singgah di gerai hadapan rumahnya ketika anak-anak sedang bertengkar.

@noraskin1990

elok duk gaduh 2beradik polis singgah bli lockhing depan rumah🤣🤣🤣saja ngusik😆😆😆abam polis pon sporting layan

♬ bunyi asal – nurulnoraskin29 – nurulnoraskin29

Situasi lucu itu berjaya dirakam dan anggota polis berkenaan juga sempoi melayan ‘drama’ ibu kanak-kanak itu dengan memberi nasihat kepadanya.

Dapat dilihat kanak-kanak lelaki tersebut menangis tersedu-sedu kerana berasa takut akan dibawa oleh pihak polis sebelum kembali menuju ke arah @noraskin1990.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan masing-masing mengakui terhibur dengan keletah berkenaan.

Anggota polis yang berada dalam video terbabit juga sempat meninggalkan komen berseloroh mengenangkan kejadian itu.

Sumber: TikTok @noraskin1990

Scroll to Top