Anak Ina Naim Minta Maaf, Minta Henti Kecam Ibu

Anak Ina Naim Minta Maaf, Minta Henti Kecam Ibu

Anak kepada Ina Naim iaitu Hadie tampil memohon maaf susulan tindakan ibunya yang didakwa keterlaluan serta berlebih-lebihan dalam program Talk To My Manager minggu lalu.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Hadie berkata ianya bukan sesuatu yang disengajakan dan ibunya hanya cuba mempertahankan dirinya dari dikritik.

BACA: Didakwa Tak Rileks Terima Teguran, Ina Naim Akui Kesilapan

Malah, Hadie mengakui silapnya kerana tidak menjaga ibunya dengan baik serta meminta netizen berhenti mengecam ibunya yang selama ini melakukan yang terbaik untuknya.

“Dia nak saya semangat dan tetap pendirian. Kalau ibu dia nak tenangkan diri dia dan untuk  tahan sebak dia kena senyum dan banyak bercakap,” katanya.

Sementara itu, Hadie berkata dia bimbang kata-kata negatif membuatkan ibunya lemah semangat sekaligus memberi kesan kepada dirinya.

“Takut dia lemah semangat dan saya pun jadi tak tentu arah..saya dekat sini pun sebab ibu.  Ada yang komen positif pada saya tetapi dalam masa yang sama dia burukan ibu pula. Rasanya saya akan makin semangat atau makin panas,” katanya.


Scroll to Top