Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Kejadian malang yang menimpa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung kira-kira jam 7.20 malam, pada  Khamis.

Dipercayai, salah seorang mangsa adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita Harian (BH) iaitu, Ku Adib Aizab Ku Azmi Saad.

 

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Ku Adib iaitu Hafizah Iszahanid merupakan Penolong Pengarang Berita BH manakala bapanya Ku Azmi Saad merupakan kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah naungan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Difahamkan, ketika insiden berlaku, pasangan itu dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga dan baru sahaja tiba di Jeddah kira-kira jam 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, pasangan tersebut dimaklumkan telah berpatah balik ke Malaysia dan berlepas dar Jeddah  pada jam 1.55 pagi waktu tempatan demi melihat sendiri wajah arwah anak mereka.

Terdahulu Ku Adib bersama tiga lagi rakannya dilaporkan telah dirempuh oleh sebuah SUV jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita didakwa kurang siuman berusia lingkungan 40-an ketika dalam perjalanan pulang ke kampus.

Bagaimanapun, Ku Adib disahkan meninggal dunia bersama dua lagi rakannya, Khairil Anuar Jamaluddin dan Mohd Akhmal Tukirin manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan mengalami cedera parah.

Kesemua mangsa yang terkorban dilaporkan mengalami kecederaan parah teramsuklah,  patah tulang leher, cedera di kepala serta dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, pihak polis sudah pun menahan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top