Pelakon, Datin Intan Najuwa mencuri tumpuan selepas berkongsi mengenai anak perempuannya, Imane Lunara yang menangis ketika waktu Maghrib.
Menerusi perkongsian di Instagran Story (IGs) miliknya, Intan berkata dia memanggil ustaz untuk datang ke rumah bagi memberi ‘ruqyah’ kepada anaknya.
Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa syukur apabila ustaz mengatakan anaknya baik-baik sahaja.
“Ha siapa suruh nangis lagi masa Maghrib, kan mak kau dah panggil ustaz suruh ruqyah. Buat hal la Luna.
“Alhamdullilah ustaz cakap tak ada apa pun, biasa lah budak-budak nak membesar. Mak kau pun laaa Lunara,” katanya.
Hantaran media sosial Intan itu dimuat naik semula di platform Threads oleh seorang individu yang menyifatkan tindakan Intan itu melucukan dan comel.