Siapa yang tak sedih apabila zuriat yang dikandung meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan disebabkan komplikasi jantung.
Hal ini dirasai sendiri seorang pengguna Facebook apabila berkongsi momen duka itu di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Menerusi Facebook Muniey Nurnasuha, dia yang menceritakan kisah kehilangan anaknya disebabkan masalah jantung berlubang.
Menurut wanita itu, pada awalnya dia berasa sakit perut pada awal pagi dan sudah menjangkakan akan bersalin tidak lama lagi. Jadi dia bergegas ke hospital dan pada petang hari dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Namun, siapa sangka kegembiraan menyambut cahaya mata baharu bertukar sedih apabila sejam selepas dilahirkan bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

Dikesempatan itu, Murniey juga sempat memandikan jenazah bayinya di bilik mayat bersama beberapa ahli keluarga lain. Situasi ketika itu sangat hiba apabila dia beberapa kali memeluk bayi yang baru sahaja dilahirkan sudah tidak benyawa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan seorang ibu yang terpaksa merelakan pemenrgian anak yang baru sahaja dilahirkan walaupun sakit ketika bersalin masih terasa.
Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham anak kepada Muniey Nurnasuha itu akan terus mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya didunia serta di akhirat.





Sumber: Facebook Muniey Nurnasuha



