Anak minat bidang lakonan, Diana Danielle enggan beri kebenaran ceburi industri seni

Anak minat bidang lakonan, Diana Danielle enggan beri kebenaran ceburi industri seni

Pelakon terkenal, Diana Danielle, berkongsi hasrat anak sulungnya iaitu Muhammad, 13, yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi.

Enggan beri kebenaran

Diana Danielle Enggan beri kebenaran

Menerusi perkongsian di Threads, Diana memberitahu minat tersebut sebenarnya sudah dapat dikesan ketika Muhammad berusia enam tahun apabila pernah meminta untuk berlakon.

Namun sehingga kini, pelakon berusia 35 tahun itu masih belum bersedia untuk mengizinkan anak lelakinya terlibat secara langsung dalam industri seni.

“Anak lelaki saya banyak kali minta berlakon lagi. Last time tu umur 6 tahun. Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon. Tapi aku taknak bagi
“Saya mahu simpan dia selamanya tapi takut dia rasa terkekang. Remaja 13 tahun yang sudah mula memikirkan dan membina masa depannya sendiri,” ciapan Diana, semalam.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan sokongan kepada Muhammad untuk menceburi bidang seni dan memberitahu amatlah sayang sekiranya bakat yang sedia ada tidak diberikan peluang untuk mencuba.

Malah ada juga yang berkongsi beberapa tip seperti meletakkan syarat sekiranya mahu memasuki bidang berkenaan antaranya tidak mengabaikan pelajaran.

Kalau ada bakat, tunggu apa lagi?

Letakkan syarat

Jangan halang tapi bantu

Artikel lain: Diana Danielle mengaku silap, benarkan anak ke sekolah walaupun demam

Terdahulu, Diana tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pengalaman bersama Muhammad yang memohon maaf kerana merasa dirinya menjadi beban selepas mengalami lumpuh pada bahagian muka akibat jangkitan virus.

Dikatakan keadaan anaknya itu memberi kesan emosi yang mendalam sehingga membuatkan dirinya dipenuhi rasa bersalah.

Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson pernah berkahwin dengan aktor, Farid Kamil pada 3 November 2012 namun bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Muhammad, 13 dan Nur Aurora, 11.

Sumber: Threads dianadanielleb

Scroll to Top