Anak Nabil Ahmad Didakwa Guna ‘Kabel’ Masuk Program Realiti, Ini Respon Tuan Badan | Trending – Oh! Media

Anak Nabil Ahmad Didakwa Guna ‘Kabel’ Masuk Program Realiti, Ini Respon Tuan Badan | Trending – Oh! Media

Trending

Nabil Ahmad nafikan anak sulungnya, Mika, masuk industri kerana pengaruhnya. Semua ikut prosedur uji bakat!


Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad menepis dakwaan kononnya anak sulungnya, Nayla Mikayla atau Mika menggunakan ‘kabel’ atau pengaruh bapanya untuk menyertai program realiti The Chosen One musim ketiga.

Menurut laporan mStar, Nabil berkata yang walaupun Mika merupakan anak selebriti, dia tetap melalui proses uji bakat seperti peserta lain dan menghadiri kelas bimbingan bersama Datuk Aznil Nawawi.

Dia tetap kena pergi uji bakat, proses sama macam orang lain. Saya bersyukur Mika dipilih, bukan senang nak dapat peluang masuk industri.

Peluang untuk belajar

Nabil

Nabil mengakui bersyukur melihat anaknya menunjukkan minat dalam bidang pengacaraan dan dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

Baginya, pengalaman bekerja di usia muda adalah peluang untuk mendidik Mika tentang erti usaha dan susah payah mencari rezeki.

Walaupun bayaran mungkin tak tinggi, tapi yang penting dia dapat rasa sendiri pengalaman dan tahu macam mana susahnya nak cari duit.

“Saya nak dia jadi doktor” – Nabil Ahmad

Nabil Ahmad

Walaupun menyokong minat Mika dalam dunia seni, Nabil tetap menekankan bahawa pelajaran adalah keutamaan nombor satu.

Platform ini hanyalah sementara. Saya nak dia masuk universiti, jadi doktor atau jurutera. Saya tak ada sijil, saya cuma ada kerja ini saja, jadi saya tak nak dia jadi macam saya.

Nabil juga berkongsi bahawa walaupun Mika sibuk dengan program TV, keesokan harinya tetap perlu ke sekolah seperti biasa, disiplin tetap kena jaga!

Pssttt! Anak berbakat itu satu anugerah, tapi pelajaran tetap keutamaan. Biar popular sementara, tapi ilmu dan pengalaman jadi bekalan selamanya.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top