Seorang wanita yang dikenali sebagai Adra Azura memohon nasihat daripada orang ramai berhubung isu anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) didakwa telah dipukul rakan sekerja, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Adra di laman Facebooknya, dia berkata ini pertama kali anaknya yang dikenali sebagai Zul dikasari oleh rakan sekerja selepas hampir 4 tahun bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Dipukul rakan sekerja
Akibat kejadian tersebut, anaknya yang menghidap autisme hampir pengsan ketika pulang ke rumah selepas mengalami kecederaan fizikal di bahagian muka, dada dan tangan.
âAsalamualaikum saya ingin meminta bantuan nasihat berkenaan anak saya yang dikenali sebagai Zul (autisme) berusia 23 tahun. Beliau adalah pekerja MCD yang sudah berkhidmat hampir 4 tahun.
âKejadian semalam anak saya telah dipukul oleh rakan sekerja (normal) ditempat kerja (MCD), sehingga menyebabkan anak saya mengalami luka dan bengkak dibahagikan muka, dada dan tangan dan pulang dalam keadaan hampir pengsan.
âIni adalah kejadian pertama yang dialami. Sepanjang tempoh dia membesar. Untuk makluman, anak saya tiada rekod jenayah bergaduh dan dipukul oleh orang awam (kejadian pertama). Anak saya mengalami trauma disebabkan kejadian ini,â katanya hiba.
Dipukul rakan sekerja
Artikel lain: Batal konsert âlast minuteâ, netizen korek keputusan trial SPM pengasas jenama baju
Sebaik sahaja mendapatkan rawatan di hospital, Adra telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut namun, dia telah dicadangkan untuk menarik semula kes itu bagi menggelakkan anaknya ditahan reman.
Bagaimanapun, Adra tetap bertegas untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku terhadap anaknya.
âSetelah pemeriksaan doktor dilakukan saya membuat report polis dan dipanggil ke IPD berjumpa Inspektor incharge.
âSaya dinasihatkan untuk âmenarik kesâ bagi mengelakkan anak saya ditahan reman (tiada sel untuk orang OKU) sebagai procedure polis bagi melakukan siasatan. Kerana saya bertegas meminta untuk check CCTV dan menyatakan ingin mengetahui kebenaran.
âDisebabkan pihak satu lagi juga mengalami kecederaan jadi polis menyatakan perlu menahan reman kedua-duanya.
âSaya ingin tahu kebenaran. Sebagai Ibu hati saya luruh melihat anak saya diperlakukan seperti ini. Adakah tiada tempat anak saya dimata orang-orang awam?â soalnya.
Adra kongsi anaknya, Zul pernah raih anugerah khidmat cemerlang
Netizen beri cadangan, jangan tarik laporan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan agar Adra tidak menarik semula laporan yang telah dibuat kerana tindakan boleh diambil berdasarkan undang-undang yang tersedia ada.
Semoga dipermudahkan urusan
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan Adra untuk mendapatkan keadilan buat anaknya dipermudahkan dan pelaku dikenakan tindakan tertib yang sewajarnya.
Sumber: Facebook @Adra Azura