Anak Puteri Mahkota Norway disyaki terlibat tiga kes rogol

Anak Puteri Mahkota Norway disyaki terlibat tiga kes rogol
Marius Borg Hoiby. Foto AFP

Marius Borg Hoiby. Foto AFP

OSLO – Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway yang berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam tiga kes rogol dan puluhan kesalahan lain, menurut polis Norway pada Jumaat ketika mengumumkan berakhirnya siasatan yang dilancarkan 10 bulan lalu.

Peguam polis Andreas Kruszweski berkata, dalam satu sidang media bahawa siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya, yang akan menentukan sama ada pertuduhan akan dikenakan.

Marius Borg Hoiby, anak hasil hubungan sebelum perkahwinan Puteri Mahkota Mette-Marit dengan Putera Mahkota Haakon, telah disiasat sejak penangkapannya pada 4 Ogos 2024 atas dakwaan menyerang teman wanitanya.

Penahanan tersebut mencetuskan pelbagai dakwaan terhadap dirinya.

Kruszweski berkata, Hoiby disyaki atas satu pertuduhan rogol dengan persetubuhan dan dua pertuduhan rogol tanpa persetubuhan.

Peguam Hoiby, Ellen Holager Andenæs, memberitahu agensi berita NTB bahawa anak guamnya menolak ketiga-tiga dakwaan rogol tersebut.

Kruszweski turut menyatakan Hoiby disyaki terlibat dalam ‘empat pertuduhan kelakuan lucah, satu pertuduhan penderaan dalam hubungan intim, dua pertuduhan mencederakan, satu pertuduhan merosakkan harta benda, satu pertuduhan mengugut, lima pelanggaran perintah sekatan, satu pertuduhan menghina anggota polis dan lima kesalahan trafik.’ – AFP

Scroll to Top