Kalau korang biasa dengar berita ahli politik kena hentam di media sosial, kali ni lain sikit ceritanya. Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa anak lelakinya yang baru berusia 12 tahun diserang dua lelaki misteri di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Lebih mengejutkan, kejadian ini dikatakan berlaku secara tiba-tiba dan melibatkan jarum suntikan!
Isteri dan anak Rafizi Ramli diserang ketika mahu keluar pusat beli-belahā¦
Menurut Rafizi, kejadian berlaku sekitar jam 1.45 tengah hari ketika anaknya bersama isteri hendak masuk ke kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah. Tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi keledar penuh muka datang mengheret anaknya sebelum mencucuk dengan jarum suntikan.
Berdasarkan semakan, dua lelaki yang menunggang motosikal didakwa mengekori kereta isterinya sejak awal. Rafizi percaya serangan itu sudah dirancang rapi oleh pihak terbabit.
Anaknya segera dibawa ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan, manakala polis tiba di lokasi sejurus selepas kejadian untuk siasatan. Rafizi dan keluarganya sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan pihak Hospital UPM yang membantu mereka menghadapi insiden mengejutkan ini.
Rafizi Ramli syak serangan sebagai amaranā¦
Lebih membimbangkan, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan ini bertujuan memberi amaran kepadanya supaya tidak bersuara lantang dalam isu tertentu.
Insya-Allah, saya akan ambil langkah keselamatan tambahan. Tapi saya takkan tunduk pada ugutan.- Katanya.
Setakat ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan siasatan giat dijalankan bagi mengenal pasti suspek. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan mengenai kejadian ini.
Pssttt! Korang, keselamatan keluarga memang tak boleh dipandang ringan, walaupun kita rasa kawasan tu selamat. Kalau nampak ada orang mencurigakan mengekori, cepat-cepat cari tempat ramai orang atau hubungi pihak berkuasa. Ingat, pencegahan lebih baik daripada menyesal.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalāsentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!