Anak Saudara Tepis Dakwaan Azar Azmi Dah Berkahwin, Mahu ‘Resign’ Jadi Pelakon? – “Hidup Sangat Privasi, Ahli Keluarga Tak Tahu Dia Buat Apa”

Anak Saudara Tepis Dakwaan Azar Azmi Dah Berkahwin, Mahu ‘Resign’ Jadi Pelakon? – “Hidup Sangat Privasi, Ahli Keluarga Tak Tahu Dia Buat Apa”

Desas desus mengenai pelakon, Azar Azmi yang sudah berkahwin ditepis oleh seorang individu wanita yang dipercayai adalah anak saudaranya.

Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan Azar bergambar bersama anak saudaranya itu telah meraih perhatian ramai yang bertanyakan mengenai status sebenar selebriti itu.

Dalam perkongsian sama, anak saudaranya itu turut menjawab pertanyaan netizen mengenai kehilangan Azar dari radar industri seni hiburan.

Jelasnya, Azar dipercayai sudah ‘berhenti’ daripada menjadi seorang pelakon bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Namun begitu, anak saudaranya turut menjelaskan aktres itu memilih untuk menjalani kehidupan yang sangat privasi, malah tidak diketahui oleh ahli keluarganya.

@tri3120.412

fyi mak lang #azarazmi yg ajak buat trend ni 😭😭😭

♬ suara asli – aii – aii

Untuk rekod, kemas kini terakhir hantaran di Instagram Azar dibuat pada 6 Mei 2022, manakala difahamkan kali terakhir dia muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: “Dia Sangat Disenangi Semua Orang” – Zarina Zainuddin Tak Boleh Lupa Jasa Baik Azar Azmi…Orang Pertama ‘Call’, Siap Tolong Tukarkan Tayar Pecah Sendiri

Scroll to Top