“Anak kata susah nak bernafas walaupun tak ada kahak… saya pula tiba-tiba kena gastrik teruk.”
Itu luahan selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal, yang mengesyaki dirinya dan anak perempuan, Hayla, mungkin mengalami gangguan akibat ‘ain’.
Menurut Wawa, situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana tiada sebarang petunjuk awal terhadap masalah kesihatan yang dialami mereka.
“Kesian anak mama tak ada kahak pun sesak nafas, dia (Hayla) kata susah nak bernafas. Alhamdulillah saya dah pulih selepas kena gastrik teruk kelmarin,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.
Lebih mencuri perhatian, Wawa turut memohon maaf sekiranya promosi produk keluaran mereka, khususnya kek batik jenama Hayla, membuatkan ada pihak yang kurang senang.
“Saya tak pasti sama ada ini yang dinamakan ‘ain’. Nauzubillahiminzalik. Saya minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuat sesetengah pihak kurang senang,” tulisnya.
Dalam masa sama, Wawa turut meluahkan dilema sebagai pemilik perniagaan yang terpaksa ‘menonjolkan diri’ di media sosial demi tujuan promosi.
“Ada tak amalan untuk hindarkan ain? Jangan cakap ‘jangan muat naik apa-apa’… sebagai bisnes owner, kami lah muka hadapan yang kena buat promosi.
”Kalau diberi pilihan, tak muat naik apa-apa pun tak mengapa. Tak perlu ada media sosial pun okey saja. Tapi apakan daya… siapa lagi nak buat promosi kalau bukan kita sendiri,” katanya.

Sebelum ini, suaminya yang juga pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, turut berkongsi rasa risau terhadap keadaan Wawa dan anak mereka, yang katanya secara tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab munasabah.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain




