Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Thalita kini semakin menjadi perhatian selepas menyertai program realiti Talk To My Manager (TTMM).
Namun baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh kanak-kanak berusia 12 tahun itu di TikTok menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Dalam rakaman tersebut, Thalita kelihatan berjoget manja sambil menyanyi lirik lagu Indonesia, Garam & Madu, yang kini sedang tular.
Netizen risaukan penampilan Thalita
Walaupun tariannya tidak keterlaluan, aksi itu tetap mengundang teguran ramai, terutama peminat arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin.
Antara nasihat yang diberikan termasuklah tidak memakai pakaian ketat, menjaga kehormatan diri serta mengutamakan nama baik arwah ibunya.
Harap Thalita istiqamah, jaga penampilan dan maruah diri.
Malah, ada yang mengaitkan hal itu dengan imej Thalita yang pernah tampil berhijab sebelum ini.
Masih ramai yang sokong

Walaupun ditegur, ramai juga yang terus memberikan kata-kata semangat dan menyokong bakat nyanyiannya.
Good luck Thalita. Buat sehabis baik, sentiasa sokong kamu dalam TTMM.
Pssttt! Bak kata orang, bakat itu anugerah, tapi penampilan dan kelakuan juga mencerminkan siapa diri kita. Jadikan teguran sebagai pengajaran untuk terus berjaya dengan cara yang lebih bermaruah.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.


