Anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru.
Berita pemergian itu dikongsikan oleh Amyza di Insta Story miliknya sebentar tadi serta meminta untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya.
BACA: “Doktor Minta Keluarga Standby, Ya Allah Tolong…” – Amyza Aznan

“Assalamualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Bin Khairil Izhar telah pula g ke negeri abadi. Minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.
Malam tadi, Amyza berkata doktor meminta ahli keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Tahun lalu arwah Andre disahkan kanser paru-paru tahap tiga.




