Anak Sulung Mangsa Tragedi Terusan Sungai Korok Dapat 7A

Anak Sulung Mangsa Tragedi Terusan Sungai Korok Dapat 7A

Oh! Tidak

Putri Qisya, anak mangsa tragedi Sungai Korok raih 7A dan tempat pertama dalam kelas.


Walaupun masih dibayangi kesedihan selepas kehilangan ibu dan adik-beradiknya dalam tragedi terjunam ke Terusan Sungai Korok, semangat seorang murid tahun enam ini ternyata luar biasa.

Putri Qisya Nur Izzat, 12 tahun, merupakan anak sulung daripada enam beradik yang terlibat dalam kejadian menyayat hati awal Julai lalu. Baru dua hari kembali ke sekolah, dia membawa pulang satu berita menggembirakan buat keluarganya.

Putri Qisya memperoleh 7A daripada 12 subjek dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Darjah Enam dan menduduki tempat pertama dalam kelasnya.

Subjek utama masih boleh diperbaiki…

Sungai korok

Menurut laporan, antara subjek yang Putri Qisya berjaya memperoleh gred A adalah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Jawi, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni Visual.

Ibu saudaranya, Nur Adliah Syuhada Ishak, 26 tahun, berkata mereka sekeluarga sangat bersyukur dengan pencapaian itu walaupun Putri Qisya masih dalam fasa menyesuaikan diri selepas kehilangan besar.

Katanya lagi, tumpuan kini lebih kepada memperbaiki prestasi dalam subjek utama seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris supaya impian Putri Qisya untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM dapat direalisasikan.

Dapat tuisyen percuma dan komputer riba…

BACA: Tragedi Sungai Korok: Mara Jadikan Putri Qisya Anak Angkat, Masuk MRSM Tahun Depan

Dia memang budak dalam kategori pandai, mungkin ada subjek yang dia kurang minat di samping aktif aktiviti kokurikulum di sekolah menyebabkannya tidak sempat belajar.- Jelas Nur Adliah lagi.

Dalam pada itu, keluarga turut menerima bantuan yang sangat bermakna untuk menyokong pembelajaran Putri Qisya. Antaranya ialah tawaran tuisyen dalam talian secara percuma selama setahun serta sumbangan sebuah komputer ribadaripada Fast Track Academy Pulau Pinang.

Pssttt! Ohmedia cukup tersentuh dengan semangat Putri Qisya yang terus bangkit walaupun sedang diuji kehilangan yang sangat besar. Dalam hidup ni, cabaran pasti datang, tapi yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapinya. Al-Fatihah buat keluarga yang telah pergi.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top