Anak kepada pelakon popular, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan sekali lagi menerima keputusan cemerlang apabila menerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Kata Rita, meskipun ini adalah tahun yang paling mencabar buat anaknya itu, namun berkat mendengar kata ibu, guru termasuklah bersahabat dengan al-Quran menjadikan semuanya berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, Anugerah Pengetua SUBES harini. 3.78.
“Tahun ni adalah tahun yang paling mencabar kata Ryan. Insyaa-Allah dengar kata Mommy, ustazah, dan guru-guru. Jangan tinggal solat dan bersahabat dengan al-Quran berjaya dunia akhirat,” katanya.
Dalam pada itu, Rita juga turut memberikan ucapan tahniah buat Airit Rayyan sekaligus mengingatkan bahawa dirinya adalah ‘awan nano’ kepada anak-anaknya.
“Fly high Airit Rayyan. Ingat Mommy ni awan nano awak,” kongsinya.




