Anak teringin ada mainan, ibu gigih selongkar tempat sampah penuhi hajat

Anak teringin ada mainan, ibu gigih selongkar tempat sampah penuhi hajat

Tak dinafikan lagi, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak tersayang. Ini membuktikan cinta seorang ibu tidak akan pernah habis dan berakhir.

Begitulah seperti perkongsian kisah sedih oleh seorang pengguna TikTok @YoonaAchiee tentang cabaran hidupnya sebagai seorang ibu tunggal membesarkan anak seorang diri.

Video pendek itu memaparkan ibu tunggal itu sanggup selongkar dan mencari mainan terpakai di tempat sampah untuk diberikan kepada anaknya, sekali gus membuka mata netizen tentang realiti hidup rakyat yang terjejas di negara kita.

@yoonachiee

💕cerita hari nie mama&anak#fypシ#fypdong #fypシ゚viral #kitaupsamasama #sabahancrew_fams

♬ suara asli – lookatmee – lookatmee

Hasil daripada kutipan tersebut akan dibersihkan dan direndam menggunakan air panas terlebih dahulu untuk menghilangkan segala sisa kotoran serta kuman.

Setelah selesai, barulah si ibu akan memberikan mainan-mainan tersebut kepada anaknya untuk bermain bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video tersebut. Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan ibu itu dipermudahkan dan semoga lebih ramai lagi yang akan membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: TikTok @YoonaAchiee 

 

Scroll to Top