Anak Terkejut Jumpa Bapa Hanya Tinggal Rangka Di Rumah Selepas Lebih 20 Tahun Tak Berhubung | Oh! Media

Anak Terkejut Jumpa Bapa Hanya Tinggal Rangka Di Rumah Selepas Lebih 20 Tahun Tak Berhubung | Oh! Media

Seorang lelaki yang sudah lebih dari 20 tahun tidak berhubung akhirnya tergerak hati untuk berjumpa dengan bapanya itu telah bertukar tragedi.

Menurut laporan The Star, apabila sampai jer rumah, lelaki tersebut menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka. Allahu, dahlah lama tak jumpa..

Perkara itu telah disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari pada Khamis lepas.

Pengadu berkata apabila sampai di rumah, pintu dalam keadaan terkunci. Selepas pintu dipecahkan, dia menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka.

Bukan tu jer, Sukarno juga berkata yang bapa kepada pengadu itu sudah bercerai dengan isterinya dan tinggal seorang diri. Mereka juga sudah tidak berhubung lebih dari 20 tahun.


Scroll to Top