Anak ‘Terlangkah’ Al-Quran, Ryzal Ibrahim Jelaskan Situasi Sebenar Dan Mohon Maaf | Oh! Artis – Oh! Media

Anak ‘Terlangkah’ Al-Quran, Ryzal Ibrahim Jelaskan Situasi Sebenar Dan Mohon Maaf | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Ryzal mohon maaf selepas dikecam gara-gara letak Al-Quran atas sejadah hingga terlangkah oleh anak.


Nama personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim sekali lagi jadi perhatian ramai selepas video terbaharunya menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara dilihat meletakkan Al-Quran di atas sejadah.

Menyedari kekhilafan itu, Ryzal tampil membuat penjelasan secara terbuka dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Ryzal akui tak sengaja dan kelam kabut waktu itu

Menurut Ryzal, dia langsung tidak berniat untuk meletakkan Al-Quran secara tidak sopan. Kejadian itu berlaku dalam keadaan kelam kabut apabila rehal yang digunakan anaknya patah.

Ryzal memang tak sengaja letak Quran atas sejadah sebab kelam kabut rehal patah. Tak sedar pula Rina datang dari belakang dan terlanggar. Ryzal nampak dan terus angkat balik Quran tu dan tak biarkan atas sejadah.

Tujuan asal video tersebut dimuat naik hanyalah untuk berkongsi reaksi Rina yang sedih apabila rehal kesayangannya patah dan bukan untuk mempermainkan mana-mana pihak.

Teguran netizen diterima, tapi bukan dengan cacian

Ryzal Ibrahim

Ryzal juga menjelaskan bahawa dia memahami adab menjaga mushaf dan sudah biasa berkongsi membaca bersama isteri menggunakan rehal.

Namun, apabila berlaku situasi di luar jangkaan, dia mengaku tersilap meletakkannya sementara mencari rehal lain.

Seandainya itu mengguriskan hati ramai, maafkan insan lemah ini.

Beliau turut menyeru agar teguran dibuat dengan cara baik dan bukan melalui cacian atau kata kesat.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top