“Anda Seorang Bacul Dan Bodoh” – Akmal Saleh Kecam Mahasiswa Bakar Gambar PMX | Oh! Negara – Oh! Media

“Anda Seorang Bacul Dan Bodoh” – Akmal Saleh Kecam Mahasiswa Bakar Gambar PMX | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Akmal Saleh kecam tindakan mahasiswa bakar gambar PMX, tegur jangan hilang adab walau ingin bersuara.


Kecoh di media sosial apabila tular gambar sekumpulan mahasiswa membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan tersebut ternyata mengundang reaksi panas, termasuk dari ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Merlimau, Akmal Saleh yang tampil memberikan teguran keras.

Akmal Saleh kecam mahasiswa bakar gambar PMX

Dalam satu hantaran di media sosial, Akmal menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak mencerminkan keberanian sebenar.

Katanya, walau apa pun pendirian politik seseorang, tindakan menghina pemimpin dengan cara sedemikian tidak wajar berlaku.

“Berani bukan ertinya hilang adab”

Pmx

Akmal menegaskan bahawa keberanian bukan tiket untuk hilang adab sebagai manusia. Menurut beliau, jika dahulu rakyat marah apabila pemimpin mereka dihina, maka perkara sama juga perlu diambil kira sekarang walaupun pemimpin tersebut datang dari parti berbeza.

Kalau pejuang perlu berani, tetapi bukan bodoh dan kurang ajar!

Beliau turut menggelar mahasiswa yang terlibat sebagai “bacul dan bodoh”, kerana memilih untuk membakar gambar PMX sebagai bentuk protes.

Sedia bersemuka jika tidak puas hati

Akmal Saleh

Menariknya, Akmal tidak hanya berhenti di media sosial. Beliau turut mencabar mahasiswa terbabit untuk bersemuka secara berdepan jika tidak berpuas hati dengan kenyataannya.

Saya nak sangat jumpa adik-adik mahasiswa ini. Tolong maklumkan saya tempat dan masa, InsyAllah abang akan sampai untuk jumpa adik-adik depan-depan.

Tindakan Akmal ini dilihat sebagai satu usaha menegakkan nilai adab dalam perjuangan tanpa menafikan hak untuk bersuara.

Pssttt! Sedih tengok akhlak seorang mahasiswa. Semoga mahasiswa dan rakyat Malaysia lebih bijak menyalurkan pandangan tanpa menjatuhkan maruah sesiapa.

Kredit: Facebook Akmal Saleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top