kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (ATTSB), agensi pelancongan Islam yang lebih empat dekad beroperasi, terus komited memperkukuh sistem pengurusan dan pengalaman pelanggan melalui pendekatan strategik bersama Richworks Consulting Group (RCG).
Sebagai sebahagian daripada pendekatan pendedahan berimpak tinggi oleh RCG, program eksklusif Titan Business Exchange (TBE) diadakan di ibu pejabat Andalusia, menampilkan hampir 200 orang usahawan daripada kalangan program The Titan, Spire serta rakan niaga strategik.
Pengarah Urusan Andalusia Travel dan Tours, Datuk Ibrahim Mat Sin berkata, dengan adanya program seperti TBE, pihaknya tidak hanya memberi inspirasi, tetapi juga peluang untuk usahawan belajar secara dekat.
Katanya, program TBE juga adalah bukti kesungguhan Andalusia dalam memainkan peranan sebagai jenama yang bukan sekadar memberi servis, tetapi menjadi inspirasi dan rujukan dalam dunia keusahawanan dan pengurusan syarikat berskala nasional.
“Mereka boleh belajar bagaimana Andalusia berkembang, berinovasi dan terus menjadi pilihan utama.
“Terima kasih kepada RCG yang membantu kami melihat kekuatan kami dengan cara baru iaitu lebih strategik, terarah dan lebih berimpak,” katanya.
Titan Business Exchange (TBE) adalah salah satu inisiatif eksklusif di bawah program mentorship RCG yang memberi pendedahan langsung kepada usahawan strategi pertumbuhan syarikat bertaraf nasional.
Andalusia pula dipilih sebagai salah satu syarikat rujukan kerana pencapaian dan keupayaannya melaksanakan sistem berskala besar dengan berkesan.
Turut hadir dalam program itu ialah pengasas RCG, Datuk Dr Azizan Osman yang berkongsi wawasan strategik dan amanat khas kepada usahawan mengenai pembinaan syarikat yang berjaya, berdaya saing dan mampu bertahan dalam jangka panjang.
Antara nilai dan pembelajaran utama yang dikongsi sepanjang program termasuk teknik dan sistem untuk mencapai sasaran lebih besar secara terancang, pemetaan strategi mengikut objektif setiap jabatan, selari dengan visi syarikat.
Selain itu, usahawan diberi pendedahan mengenai pengurusan dalaman yang terstruktur dan komunikasi silang jabatan untuk keselarasan tindakan.
Kerjasama bersama RCG turut memperkukuh inisiatif Andalusia dari aspek pelaksanaan automasi pengurusan (leads & CRM), struktur kerja harian yang lebih berfokus kepada keputusan dan produktiviti serta transformasi organisasi melalui penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas dan pembangunan bakat dalaman.
© New Straits Times Press (M) Bhd




