Seorang CEO syarikat teknologi terkemuka, Astronomer, yang berpangkalan di New York, Andy Byron, terpaksa meletak jawatan selepas video memaparkan dia berpelukan dengan seorang staf wanita tersebar luas di media sosial.
Insiden itu berlaku ketika konsert Coldplay di Stadium Gillette, Massachusetts apabila mereka berdua, Byron dan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat, Kristin Cabot ditangkap kamera semasa ‘kiss cam’.
Mereka cepat-cepat cuba mengelak dari terus menjadi perhatian, tapi nampaknya sudah terlambat.
Byron nafi keluarkan sebarang kenyataan rasmi…
Selepas klip itu tular, pelbagai dakwaan muncul, kononnya Byron mengeluarkan kenyataan tertentu mengenai kejadian itu. Tapi Astronomer menyatakan, Byron tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan segala berita berkaitan adalah tidak benar.
Bukan itu sahaja, syarikat turut menafikan identiti seorang individu ketiga dalam video yang jadi bahan teka-teki netizen.
Lembaga Pengarah Astronomer telah mengesahkan peletakan jawatan Byron dan kini dalam proses mencari pengganti.
Dalam masa sama, mereka juga menegaskan bahawa semua pemimpin syarikat mesti menunjukkan teladan baik dan memegang akauntabiliti tinggi.
Buat sementara waktu, jawatan CEO akan dipangku oleh Ketua Pegawai Produk merangkap pengasas bersama syarikat, Pete DeJoy.
Nama dan akaun LinkedIn turut digugurkan…
Selepas pengumuman itu, akaun LinkedIn milik Byron tidak lagi dapat diakses secara umum. Malah, namanya juga telah digugurkan dari senarai kepimpinan rasmi syarikat.
Namun begitu, beliau masih disenaraikan sebagai ahli Lembaga Pengarah di laman web Astronomer ketika artikel ini ditulis.
Pssttt! Ohmedia faham, kadang-kadang kita pun ada detik-detik ‘terbabas’ dalam hidup. Tapi bila kita dah pegang tanggungjawab besar macam jadi CEO, setiap tindakan kita akan diperhatikan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!