Anggap Perkara Positif Digelar ‘Duda Hot’, Hisyam Hamid Akui Rimas Terpalit Gosip Cinta Baharu

Anggap Perkara Positif Digelar ‘Duda Hot’, Hisyam Hamid Akui Rimas Terpalit Gosip Cinta Baharu

Pelakon, Hisyam Hamid mengaku rimas apabila sering dikaitkan mempunyai hubungan baharu

Pelakon, Hisyam Hamid mengaku rimas apabila namanya sering terkait dengan mana-mana wanita sehingga didakwa mempunyai hubungan cinta baharu selepas lima bulan bergelar seorang duda.

Ketika ditemui XTRA, Hazmi Hisyam Abdull Hamid, 39, yang masih belum terfikir untuk kembali berkahwin berkata dia kini lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya agar tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak.

“Saya perasan sejak solo macam senang sangat dijadikan bahan cerita. Seolah-olah saya tidak boleh berkawan langsung dengan perempuan. Ada masanya rimas pula.

“Asal saya berkomunikasi dengan wanita, pasti akan dikaitkan. Jadi, sekarang saya kena berhati-hati setiap kali bercakap dengan mereka.

“Kalau boleh, saya tidak mahu terpalit dengan gosip tidak betul. Lagipun saya belum terfikir lagi untuk kembali berumah tangga.

“Buat masa ini, saya selesa hidup macam ini. Fokus saya mahu kerja kuat untuk bahagiakan anak-anak dan ibu,” katanya.\

Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA, Jumaat lalu.

Sementara itu, Hisyam tertawa kecil dan menganggap satu pujian apabila namanya diberi jolokan ‘duda hot.

“Bagi saya, ia kelakar. Namun, saya anggap pujian, mungkin perkara itu ada impak positif. Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan ‘progress’ diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” ujarnya.

Terdahulu, Hisyam sah bercerai dengan bekas isterinya, Rosmawati Hanafi selepas 18 tahuh berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Artikel Berkaitan: Ramai Hantar DM, Hisyam Hamid Tak Layan Peminat Obses & Fanatik – “Selagi Tak Ganggu, Saya Okay Saja”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Hisyam Hamid Mengaku Terluka – “Saya Melalui Perkara-Perkara Yang Menghancurkan & Ia Ajar Saya Lebih Kuat”

Artikel Berkaitan: “Kami Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri” – Hisyam Hamid

Scroll to Top