Lepas satu video tidak sopan melibatkan seorang anggota bomba bantuan tular di media sosial, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas individu terbabit.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata arahan penggantungan itu dikeluarkan kepada Pengarah JBPM Perak sambil menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman.
Kita beri tempoh 48 jam untuk siasatan awal. Prosedur ini penting bagi memastikan hak mendengar serta hak pembelaan diberikan kepada pihak terbabit sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.- Katanya dalam satu sidang media.
Anggota bomba bantuan tetap beri kesan pada imej jabatan…
Walaupun hanya anggota bomba bantuan, Nor Hisham tegas menyatakan bahawa tindakan tersebut tetap menjejaskan reputasi seluruh jabatan.
Jabatan ini disifatkan satu keluarga besar dengan lebih 17,700 anggota tetap, tidak termasuk anggota sukarela dan komuniti.- Jelas beliau.
Menurutnya lagi, disiplin dan integriti setiap individu memainkan peranan besar dalam menjaga imej pasukan.
JBPM kecewa, siasatan diteruskan…
Tambah beliau, JBPM amat kecewa dengan sebarang perbuatan yang mencemarkan nama baik jabatan dan akan memastikan pengawasan lebih ketat dibuat selepas ini.
Insiden ini menunjukkan betapa seriusnya JBPM dalam menjaga profesionalisme dan tingkah laku semua anggotanya, tak kira tetap atau bantuan.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang bekerja dalam pasukan beruniform seperti bomba, polis atau mana-mana agensi keselamatan, sentiasa jaga tingkah laku dan maruah diri. Apa saja perbuatan kita bukan hanya menjejaskan diri sendiri, tapi juga seluruh organisasi. Hormat uniform yang korang pakai dan jangan rosakkan kepercayaan masyarakat.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!