Anggota Polis Berbual ‘Lucah’ Terhadap Wanita Dikenakan Tindakan! | Trending – Oh! Media

Anggota Polis Berbual ‘Lucah’ Terhadap Wanita Dikenakan Tindakan! | Trending – Oh! Media

Trending

Tular video anggota polis ajak wanita check-in hotel. Bukit Aman bertindak segera siasat tatatertib dan keluarkan anggota dari tugas.


Tular baru-baru ini di media sosial, sebuah video memaparkan perbualan seorang anggota polis yang didakwa mengandungi unsur tidak senonoh terhadap seorang wanita.

Menurut laporan Sinar Harian, anggota berkenaan dikatakan mengajak wanita itu untuk berjumpa dan mendaftar masuk ke hotel, sekaligus menimbulkan rasa tidak selesa dan kecaman ramai.

Polis ambil tindakan pantas

Polis

Berikutan penularan video tersebut, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman segera menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

Siasatan yang dijalankan telah mengenal pasti anggota polis berkenaan, dan individu itu telah dikeluarkan daripada penugasannya.

Setakat ini, siasatan selari secara tatatertib juga sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.

Maruah polis perlu dijaga

Pdrm

Insiden ini mendapat perhatian netizen yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap anggota yang mencemarkan imej pasukan polis. 

Ada juga yang berharap agar penyalahgunaan kuasa dan perlakuan tidak bermoral dalam kalangan penjawat awam dapat dibanteras.

Pssttt! Jawatan dan kuasa bukan tiket untuk bertindak sesuka hati. Maruah institusi mesti dijaga, dan kepercayaan rakyat perlu dihormati. Jangan sampai nila setitik rosak susu sebelanga.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top