Angka korban di Gaza meningkat kepada 54,249 orang

Angka korban di Gaza meningkat kepada 54,249 orang
Gambar dirakam dari sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza menunjukkan bangunan-bangunan musnah di sektor utara wilayah Palestin yang dikepung pada 29 Mei 2025, 19 bulan selepas perang meletus antara Israel dan gerakan militan Hamas. Foto AFP

GAZA – Angka kematian di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 54,249 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ketenteraannya pada 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan pada Rabu.

Jumlah yang cedera pula meningkat kepada 123,492 orang, dengan ribuan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, manakala usaha menyelamat terus terjejas teruk akibat pengeboman berterusan.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, seramai 67 lagi dilaporkan terbunuh, termasuk tiga mayat yang ditemukan di bawah runtuhan, manakala 184 orang cedera.

Angka ini tidak termasuk mangsa di Gaza utara, yang masih belum dapat dikenal pasti berikutan akses ke hospital yang mustahil akibat pertempuran sengit. – Bernama

Scroll to Top