Pelakon dan model, Anna Jobling tidak menyangka apabila namanya termasuk dalam senarai individu paling tinggi carian di sesawang enjin Google untuk 2022.
Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia percaya carian yang dilakukan rakyat Malaysia itu adalah perkara membabitkan karier seninya.

“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai diantara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.
“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, juga sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kredit; Hype
Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mempercayai bakat dimiliki selain pihak pengurusan yang bekerja keras menyusun jadualnya sebagai anak seni.






