dayana@mediaprima.com.my
Hanoi: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam.
Pertemuan yang berlangsung 30 minit di pejabat parti itu menandakan bermulanya lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam.
Kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke Hanoi atas jemputan rakan sejawatnya Pham Minh Chinh.
Terdahulu pesawat khas membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai jam 7.10 malam (waktu tempatan).
Beliau disambut Timbalan Menteri Luar Vietnam Ngo Le Van.
Selepas kunjungan hormat ke atas To Lam, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta di lokasi berlangsungnya Forum Masa Depan Asean (AFF) 2025, di sini.
Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap penyertaan Timor-Leste dalam Asean.
Pertemuan dengan kedua-dua pemimpin itu menjadi program terawal lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam yang bermula hari ini.
Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada AFF.
© New Straits Times Press (M) Bhd