PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Ketua Biro Politik Hamas bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia susulan serangan dan kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, beliau bercakap dengan Ismail Haniyeh dan memaklumkan komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan dilalui rakyat di Palestin.
“Memandangkan keadaan teruk di Gaza, saya menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.
“Ia juga mustahak bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka terhadap rampasan kuasa politik, segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan,” kata Perdana Menteri.
“Adalah penting dan paling penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini berbanding perkara lain,” katanya dalam hantaran itu.
Anwar kemudian berkongsi sekeping gambar semasa kunjungan hormat Ismail dan delegasinya ke pejabat Perdana Menteri pada 24 Januari 2020.
Semasa kunjungan itu turut memberi dukungan dan sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin. – UTUSAN




